Industri perkahwinan
kecoh seketika apabila jabatan agama islam wilayah persekutuan mengumumankan
kenaikan harga yuran kursus kahwin dari RM80 kepada RM120 pada tahun 2015 dan peserta kursus bakal jalani ujian pengetahun islam. Maka
selepas itu ramai la bakal-bakal pengantin dan yang tidak plan nak kahwin pun
berpusu-pusu menghadiri kursus perkahwinan kerana ingin mengelakkan harga baru
yang bakal dilaksanakan pada tahun tersebut.
Seterusnya kenaikan harga
yuran kursus kahwin diikuti di negeri johor dengan kadar baru sebanyak RM120
seorang dan negeri Perak RM100 seorang
Rasanya semua pasangan
muslim di negara ini pun tahu, ‘sijil kursus kahwin’ ini antara dokumen yang
wajib ada bila nak melangsungkan pernikahan. Jadi nak tak, wajib pergi kursus kahwin
ini untuk medapatkan sekeping kertas berharga tersebut.
Menerusi satu surat rasmi
yang diedarkan dari Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) 29 Januari lalu, kadar bayaran penyertaan dan sijil kursus Modul
Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) di seluruh Wilayah Persekutuan
dimaklumkan, dinaikkan kadarnya mulai Februari 2015.
Alasan kenaikan ini yang
turut disertakan dalam surat tersebut adalah ‘peningkatan kos hidup semasa’. Selain
kos-kos yang ditanggung oleh penguasaha pusat kursus kahwin yang tinggi ekoran
kenaikan kadar sewa banggunan dan tarif elektrik.
Kami percaya pihak
terbabit sudah tentu menjalankan kajian secukupnya sebelum harga ‘kursus
kahwin’ ini dinaikkan.
Sijil kursus kahwin itu
pula adalah kehendak undang-undang negara dan bukannya termaktub dalam hukum
agama tapi terpaksa diambil sebab itulah ‘law’ kalau nak bernikah, atas dasar memberi
kesedaran kepada anak-anak muda yang bakal melangsungkan perkahwinan bertapa
pentingnya ilmu pengurusan rumahtangga, kewangan, kesihatan, pentingnya solat
dalam menjamin kesejahteraan sesebuah perkahwinan dan prosedur pernikahan
Kenaikan
harga sebanyak RM20 ke RM40 mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi buat bakal
pengantin yang tak lena tidur dok memikirkan kos kenduri kendara dan kos
selepas nikah sejajar dengan peningkatan kos hidup,dan tidak mustahil adanya
yang bakal-bakal pengantin ini ada yang postpone dulu hasrat
nak kahwin sebab perkara basic iaitu ambil sijil kursus kahwin
dulu pun dirasakan mahal sangat.
Lagi satu kalau kadar
harga di Wilayah Persekutuan naik, dan ikuti oleh beberapa negeri, tidak
mustahil harga kursus pra-perkahwinan di negeri lain pun ikut naik lepas ni ye
tak?
Apa pun kepada bakal
pengantin, berbelanja la kenduri ikut kesedarhanaan dan kemampuan tidak perlu
dibuat secara besar-besaran, yang penting perkara baik dimudahkan dan
dihalalkan.
Dan dari admin, kepada bakal-bakal pengantin, berkursus lah segera ..jangan sampai last minit baru nak mecari tempat untuk berkusus kahwin, banyak lagi prosedur selepas kursus kahwin seperti penyediaan borang, hiv test ..persiapkan diri dan segala dokumen agar perjalanan pernikahan anda berjalan lancar hendaknya
Dan dari admin, kepada bakal-bakal pengantin, berkursus lah segera ..jangan sampai last minit baru nak mecari tempat untuk berkusus kahwin, banyak lagi prosedur selepas kursus kahwin seperti penyediaan borang, hiv test ..persiapkan diri dan segala dokumen agar perjalanan pernikahan anda berjalan lancar hendaknya
No comments:
Post a Comment