Monday, June 3, 2019

10 STEP Panduan Daftar Nikah dan prosedur perkahwinan Bagi Pasangan Bakal-Bakal Pengantin dari Kedah


10 STEP Panduan Daftar Nikah dan prosedur perkahwinan Bagi Pasangan Bakal-Bakal Pengantin dari Kedah



Kepada pengantin-pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, Anda harus ambil tahu bertapa pentingnya untuk mengambil tahu  prosedur mendaftar pernikahan di Pejabat Agama. Ini akan memudahkah urusan pendaffaran dan penikahan buat bakal-bakal pengantin sekiranya  kita faham langkahnya, mudahlah nak merancang apa yang diperlukan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kalau tanya dengan orang tua kita, mungkin prosesnya  dahulu dan sekarang jauh berbeza sebab sekarang dah menggunakan sistem baru / online dimana sistem ini telah diseragamkan ke beberapa negeri di malaysia dan bakal digunapaikan ke seluruh negeri di malaysia tidak lama lagi.

Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati menyiarkan perkongsian 10 Langkah yang anda perlu ambil tahu sebelum memasuki gerbang  perkahwinan. Selama menjalani praktikal di Pejabat Agama, memang kerjanya hari-hari berkaitan dengan borang-borang nikah kahwin. kepada bakal-bakal pengantin boleh lah buat nota ringkas ya bagi persediaan hari besar anda. Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan dan memudahkan anda yang bakal berkahwin. Mari kita semak prosesnya.


1. HADIRI KURSUS PRA PERKAHWINAN
Di Malaysia kursus pra perkahwinan adalah satu kursus yang wajib diikuti oleh bakal-bakal pengantin, kursus kahwin ini dikawal selia oleh Jabatan Agama Islam setiap negeri dan mengikut modul bersepadu kursus perkahwinan islam di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (JAKIM). Di dalam proram kursus kahwin ini, bakal pengantin akan diajar mengenai prosedur perkahwinan, komunikasi suami isteri, pengurusan kewangan dan kesihatan, dan banyak lagi modul-modul yang menarik, nak tahu lebih lanjut kena la hadir kursus kahwin ni ya
Para peserta akan mendapat sijil kursus kahwin setelah tamat kursus dan sijil ni diperlukan semasa bakal-bakal pengantin ingin mengantar borang nikah di pejabat agama islam yang berdekatan. Bagi bakal-bakal pengantin disekitar kedah anda boleh mendapatkan infor pusat-pusat kursus kahwin di sini senarai pusat kursus kahwin kedah

2. LAYARI LAMAN WEB SPPIM (SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA)
Permohonan Kebenaran Berkahwin Online  melalui www.sppim.gov.my setakat 2019 ini meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri bakal menyusul tidak lama lagi

Bagi negeri yang tidak disebutkan, bolehlah terus membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.
Bila dah ke laman web SPPIM, anda akan nampak paparan begini di halaman utama.

Seterusnya klik pada ikon Benar Nikah Online dan isi maklumat diri sendiri & pasangan.
·         Bila dah siap isi, simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari laman web ini.
·         Nombor rujukan ini penting sebab akan digunakan setiap kali log in.
·         Borang boleh dikemaskini dan diperbetulkan selagi belum diproses oleh Pejabat Agama.


3. PERIKSA PASANGAN LELAKI TINGGAL DI DAERAH MANA
Jika pasangan dari daerah yang Sama:
Jika pasangan lelaki tinggal di daerah sama dengan perempuan, bakal pengantin lelaki dan perempuan kena hantar borang nikah online tadi ke Pejabat Agama dalam tempoh 30hari / sebulan sebelum tarikh akad nikah.
Daerah / Negeri Berbeza :
Tapi kalau daerah / negeri lelaki berbeza dengan perempuan, bakal pengantin lelaki mesti menghantar borang nikah ke Pejabat Agama dalam tempoh 90 hari/3 bulansebelum tarikh akad nikah.


4. UJIAN HIV



Ujian HIV adalah satu perkara wajib dalam proses permohonan perkahwinan di Malaysia, Keputusan Ujian HIV ini perlu disertakan semasa bakal pengantin mengantar borang-borang nikah di pejabat agama islam kawasan kariah anda. Tempoh sah laku ujian HIV ini adalah 6 bulan dari tarikh ujian tersebut diadakan.

Untuk artikel mengenai Ujian saringan HIV ini sila ke laman sebelah.


5. HANTAR BORANG
Sebelum hantar borang, Sila periksa senarai semak dan pastikan borang dah ditandatangan oleh Imam Masjid Kariah dan ada cop. Kemudian, bawa juga beberapa dokumen lain ke pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi.
Boleh rujuk gambar kat bawah.

Bagi lelaki:

Bagi perempuan:

·         Kalau di negeri Kedah, pasangan kena baca ikrar. Negeri lain tak pasti pula macam mana.
·         Selepas borang berjaya diserahkan , ayaran RM15 (seorang) untuk mohon borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau SAMA daerah kena bayar RM30 ya.
·         Borang kebenaran berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing-masing.


6. BAGI BORANG KEBENARAN PADA PIHAK PEREMPUAN
Selepas seminggu, boleh minta pihak lelaki ambilkan borang tersebut dan bagi kepada pihak perempuan. Ini kalau daerah/ negeri lelaki yang BERBEZA dengan pihak perempuan.
Tapi kalau daerah/negeri yang SAMA dengan pihak perempuan, boleh terus bagi kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.

7. Bagi pihak perempuan yang berbeza dearah

Berbalik kepada tadi, bagi pasangan yang BERBEZA daerah, pihak perempuan perlu bawa borang-borang lelaki yang dah disahkan oleh Pejabat Agama tadi ke Pejabat Agama daerah perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.
·         Lepas seminggu, Pejabat Agama akan bagi borang kebenaran nikah untuk pihak perempuan.
·         Seterusnya, bawa pulak borang ini kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.


8. AKAD NIKAH
Masa akad nikah, Tok Kadi / Tok Imam akan bagi Surat Nikah Sementara.
Pasangan wajib semak maklumat dalam Surat Nikah Sementara ini. Pastikan nombor IC semua betul, ejaan nama tiada kesilapan, dan sebagainya. (PENTING sebab maklumat dalam dokumen ini akan digunakan untuk buat Sijil Nikah.)
Kemudian bawa Surat Nikah Sementara ke Pejabat Agama DAERAH PEREMPUAN untuk buat Sijil Nikah. Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah.

9. PROSES MEMOHON SIJIL NIKAH
Untuk memohon Sijil Nikah,
·         Bawa surat nikah sementara (asal + salinan)
·         IC sendiri, IC pasangan & IC wali
·         Bayar RM20 untuk sijil nikah.
·         Tempoh siap biasanya sebulan atau kurang. Bergantung kepada negeri masing-masing.
Seeloknya, fotostat sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet. Sijil Nikah asal boleh simpan dalam fail. Bukan apa, manalah tahu kalau kena serbu dengan Pegawai Agama, adalah bukti Sijil Nikah yang sentiasa dibawa bersama. Sebab masa ini Kad Kahwin belum dapat lagi.

10. PROSES MEMOHON KAD KAHWIN
Akhir sekali, bila dah dapat Sijil Nikah, eloklah buat Kad Kahwin pula. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan anda membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.
Sediakan bayaran RM40 untuk sepasang pasangan. Nanti Pejabat Agama akan bagi senarai dokumen yang perlu dibawa untuk mohon Kad Kahwin.



ALHAMDULILLAH, SELESAI…
so kepada bakal2 pengantin..harap dengan perkongsian artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam persiapan ke alam perkahwinan kelak..admin mengucapkan selamat pengantin baru buat bakal2 pengantin dan

Dipersilakan share bagi meringankan kerungsingan semua.
Selamat berkahwin!



11 comments:

  1. no.5-hantar borang, dalam senarai bagi lelaki yang no.11 tu xfaham la.. gmbar kan kita dh upload kt sppim ..perlu bawa lagi kah?

    ReplyDelete
  2. Klau buat direct kat pej agama alor setaq blh kan ?? ..pastu isi dulu trikh xtau lg blh dak ??

    ReplyDelete
  3. Borang permohonan kawin tu kan kena ada dua salainan...klau satu salinan x cop x pa ka??

    ReplyDelete
  4. Bos nk tnya sya ngan bakal negeri kedah tp sya alor setar dia kulim brapa ari eh kputusan tu 30 hari ke 90 hari

    ReplyDelete
  5. Nak tya, kalau beza negeri, yg prmpuan 1bulan ke?,and yg llki 3bulan ?, tempoh valid borg nikah tu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum nak tnya kne buat test hiv dlu ke atau isi borang nikah dlu.

    ReplyDelete
  7. nk.kawin pun.complicated...apa punya.bodoh

    ReplyDelete

KURSUS KAHWIN KEDAH MELIIPUTI KAWASAN SUNGAI PETANI, ALOR SETAR, KULIM, JITRA, PENDANG, GUAR CHEMPEDAK, BALING, LANGKAWI, SIK, KUALA KETIL DAN CHANGLUN

  KURSUS KAHWIN BERSEMUKA KEDAH 2024 (SETIAP JUMAAT & SABTU ATAU SABTU AHAD SETIAP MINGGU) KURSUS KAHWIN BERSEMUKA KEDAH PUSAT KURSUS PR...