Wednesday, June 12, 2019

Kadar Yuran Kursus Kahwin tidak Mustahil Naik Sehingga RM120? Insya'Allah Kadar Yuran Kursus Kahwin di Kedah Kekal RM80 sehingga Disember 2019


Industri perkahwinan kecoh seketika apabila jabatan agama islam wilayah persekutuan mengumumankan kenaikan harga yuran kursus kahwin dari RM80 kepada RM120 pada tahun 2015 dan peserta kursus bakal jalani ujian pengetahun islam. Maka selepas itu ramai la bakal-bakal pengantin dan yang tidak plan nak kahwin pun berpusu-pusu menghadiri kursus perkahwinan kerana ingin mengelakkan harga baru yang bakal dilaksanakan pada tahun tersebut.

Seterusnya kenaikan harga yuran kursus kahwin diikuti di negeri johor dengan kadar baru sebanyak RM120 seorang dan negeri Perak RM100 seorang
Rasanya semua pasangan muslim di negara ini pun tahu, ‘sijil kursus kahwin’ ini antara dokumen yang wajib ada bila nak melangsungkan pernikahan. Jadi nak tak, wajib pergi kursus kahwin ini untuk medapatkan sekeping kertas berharga tersebut.
Menerusi satu surat rasmi yang diedarkan dari Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 29 Januari lalu, kadar bayaran penyertaan dan sijil kursus Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) di seluruh Wilayah Persekutuan dimaklumkan, dinaikkan kadarnya mulai Februari 2015.
Alasan kenaikan ini yang turut disertakan dalam surat tersebut adalah ‘peningkatan kos hidup semasa’. Selain kos-kos yang ditanggung oleh penguasaha pusat kursus kahwin yang tinggi ekoran kenaikan kadar sewa banggunan dan tarif elektrik.
Kami percaya pihak terbabit sudah tentu menjalankan kajian secukupnya sebelum harga ‘kursus kahwin’ ini dinaikkan.
Sijil kursus kahwin itu pula adalah kehendak undang-undang negara dan bukannya termaktub dalam hukum agama tapi terpaksa diambil sebab itulah ‘law’ kalau nak bernikah, atas dasar memberi kesedaran kepada anak-anak muda yang bakal melangsungkan perkahwinan bertapa pentingnya ilmu pengurusan rumahtangga, kewangan, kesihatan, pentingnya solat dalam menjamin kesejahteraan sesebuah perkahwinan dan prosedur pernikahan
Kenaikan harga sebanyak RM20 ke RM40 mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi buat bakal pengantin yang tak lena tidur dok memikirkan kos kenduri kendara dan kos selepas nikah sejajar dengan peningkatan kos hidup,dan tidak mustahil adanya yang bakal-bakal pengantin ini ada yang postpone dulu hasrat nak kahwin sebab perkara basic iaitu ambil sijil kursus kahwin dulu pun dirasakan mahal sangat.

Lagi satu kalau kadar harga di Wilayah Persekutuan naik, dan ikuti oleh beberapa negeri, tidak mustahil harga kursus pra-perkahwinan di negeri lain pun ikut naik lepas ni ye tak?
Apa pun kepada bakal pengantin, berbelanja la kenduri ikut kesedarhanaan dan kemampuan tidak perlu dibuat secara besar-besaran, yang penting perkara baik dimudahkan dan dihalalkan.

Dan dari admin,  kepada bakal-bakal pengantin, berkursus lah segera ..jangan sampai last minit baru nak mecari tempat untuk berkusus kahwin, banyak lagi prosedur selepas kursus kahwin seperti penyediaan borang, hiv test ..persiapkan diri dan segala dokumen agar perjalanan pernikahan anda berjalan lancar hendaknya


Monday, June 10, 2019

Wanita sarat mengadung anak ketiga hampir pitam apabila mengetahui perkahwinan dia dengan suami tidak sah dan dibatalkan?

Kisah ini dipetik dari salah satu fail mahkhamah syariah, dan dan diceritakan semula oleh adik kepada si mangsa keadaan, semua maklumat seperti tahun kes, lokasi dan identiti yang terlibat dirahsiakan

Dah Mengandungkan Anak Ketiga Baru Suami isteri Ini Tahu Perkahwinan Mereka Tak Sah! Tak sangka selama ini fikirkan perkahwinan sah, lepas dah berkeluarga baru tahu rupa-rupanya perkahwinan kakak kepada gadis ini tiba-tiba terbatal sewaktu mengandungkan anak ketiga!
Daripada kisah ini, ia dapat membuka mata kita agar sentiasa alert jika ingin melangkah ke alam perkahwinan. Jadikannya sebagai iktibar, terutamanya kepada wanita yang kehilangan ayah dan bertapa pentingnya susunan wali yang di ajar dalam kursus perkahwinan 



Perkahwinan terbatal oleh mahkamah sebab salah wali. Punca daripada tok kadi

“Perkahwinan kakak aku dibatalkan oleh mahkamah sebab salah wali. Punca dari tok kadi. Perkongsian ini  buat sesiapa yang dah kehilangan ayah TAPI atok(side ayah) masih hidup. Dan khas buat selangorian. Sebab lain negeri, lain jabatan agamanya.”
“Aku ada tiga kakak, A, B, dan C. A kahwin masa papa hidup. B & C tak kawen lagi tapi papa dah meninggal (Al-fatihah). Atok masih  hidup. Abang aku pun hidup.”
Masa C kahwin, dia guna abang aku as wali. All went well. Tok kadi masa tu tak ada tanya pun atok aku hidup lagi ke tak so just proceed jela dengan abang aku as wali. Time tu tok kadi tu dah nak pencen”

“Tapi their marriage macam tak berapa nak happy. Aku perasan rezeki diorang macam disekat. Macam something wrong somewhere. Sampai lah diorang ada anak 2 orang. At this point, dua-dua diberhentikn kerja(contract). Allahu, aku tak tahu nak cakap apa masa ni sebab sedih teruk.”
Mula-mula semua berjalan lancar memandangkan abang masih hidup, jadi secara langsungnya menjadi wali kepada pasangan kakak ketiga. Namun, tanpa diduga ini yang terjadi sewaktu kakak kedua ingin berkahwin

Tok kadi tak tanya pun atuk hidup lagi ke tak

“Aku, mama & kakak yang lain tolong sehabis boleh nak support life diorang & diaorang pun dah start berniaga. Time ni kakak aku ni dah pregnant anak ke-3. Alhamdulillah. Time ni jugak kakak aku si B nak kahwin.”
“Si B buat lah proses nk kahwin tu mcm biasa.”
“Guna abang aku as wali. Sesampai je dia mengadap tok kadi, Seraya tok kadi bertanya,
‘Ayah dah meninggal ya?’ 
‘Ya’ 
‘Atok dah meninggal ya?’ 
‘Belum’ 
‘Tapi kenapa abang awak jadi wali bukan atok?’ 
‘Sebab haritu adik saya kahwin, abang saya jadi wali”
‘Eh, tak sah tu. atok kena jd wali. Bukan abang’ ‘Eh’ 
Ahhhh sudah. Jem kejap satu family bila kakak aku si B ni inform sebab yang si C dah pregnant anak ke-3 pula tu. 
Okay, time ni tok kadi nya tok kadi baru. Yang dah pencen tu aku tatau lah kemana pegi nya.

Perkahwinan dibatalkan, kena turun naik mahkamah

“Atok aku ni orang perak. Jauh sikit si B nak pergi buat wakalah walinya.Alhamdulillah settle si B ni. Sementara si C ni nak kena turun naik mahkamah, dah dapat tahu dibatalkan perkahwinan dia tadi tu. Jadi dia tinggal lah berasingan dengan laki dia, duduk rumah mak aku.”
“Kami bawa lah mereka ni balik Perak nak buat wakalah wali dengan tok ni tadi. Atuk pula nazak. Ayah sedara aku ni imam dekat sg. Durian sana, Jadi dia tolong lah kami ni nak buat wakalah wali. Kami pula diceramahkan sebab kahwin tu tak sah dan dibatalkan.”
“Buat wakalah wali ni tergendala la kejap sebab atok tengah nazak dan lepas atok meninggal, baru lah buat wakalah wali baru guna abang as waliTime ni memang banyak perselisihan dengan family side perak sebab semuanya agamawan.”

Lepas dah dapat tahu bahawa perkahwinan kakaknya yang ketiga itu telah dibatalkan, mereka terpaksa membuat urusan mahkamah untuk selesaikan masalah. Alhamdulillah segalanya selesai.
Tapi, disebabkan kakaknya sudah mempunyai zuriat, berlaku pula cabaran baru.

Dapat perintah nikah balik. Nikah mcm biasa. Selesai..Tapi…
“Lepas atok meninggal, pergi naik turun mahkamah. Aku sebagai saksi, angkat sumpah apa semua, menjawab dengan hakim pasal pernikahan tu, cuak!”
Best part is, hakim bukan geleng kepala beb. Dia tepok dahi. Kakak aku pulak pergi gelak dalam tu sebab benda ni jadi sebagai punca je.”
“Gila kau. Anak dah nak masuk 3, tetiba kena batal. Memang tepuk dahi lah hakim tu aku yang cuak dalam kandang saksi tu pun ada la senyum sikit dari tergagap je.”
“So dapat perintah nikah balik. Nikah mcm biasa. Setel.”
“TAPI,”
“Part anak tak setel lagi. Sebab bila perkahwinan dah dibatalkan, automatik pertalian anak juga terpisah. So kena lah buat ‘nasab anak’. Nasab anak ni, untuk sahkan itu anak dia. Kena tunggu yang baby tu lahir dulu, buat sekali”

Kena buat nasab anak…Tertangguh selama 2 tahun sebab..



“Nasab anak dia dah tertangguh selama 2tahun. Entah hamba Allah mana la yang cakap ke family kakak aku ni, kalau buat nasab anak nanti anak kena amek dengan jabatan kebajikan.”
“Aku tak tahu lah kenapa senang benar percaya cakap org. Cakap aku yang usahakn mcm2 ni tanak dgr. so, kakak aku lahirkan baby girl, baby anak syurga(oku). Dia ada masalah cleft lip, tulang punggung, jantung & satu lutut tak boleh di lipat which is takde tempurung lutut.”
“So disebabkan baby ni ada banyak masalah kesihatan, ktorg push diorg suruh buat nasab anak cpt2 sbb benda2 kaitan agama ni jgn lah dibuat main. Tak kita yg kena, anak2 kecil yg tak salah tu kena akibatnya. Tak jugak dibuat sbb tkut kena amek dgn jbtn kebajikan”
“Aku jejak lagi kaki ke mahkamah nak setelkan nasab anak. Bukan payah pun. Isi borang je, lampirkan documents. Dah setel. Kan senang? Aku kesiankan ank buah aku tu, sampai skrg tak setel lg medical dia tu”
“Nasab anak ni pun jgn dibuat main, nak nak pula bila ada ank perempuan. Naya weh dia nk kawen esok satgi, bapak taleh jd wali. Naya wehh naya. So lepas setel nasab anak nt, maka setellah alkisah kakak aku ni.”
Pesanan untuk kaum adam
“Aku nak ingatkan ke semua lelaki, tolong amek berat sikit part ni. Sebab tu dalam agama, lelaki, ada tanggungjawab besar dalam keluarga hatta dlm agama sekalipun”
“So kakak aku sekarang housewife jaga anak dia sebab kena selalu berulang ke hospital. Doakan dia & husb dia dimurahkan rezeki & doakan anak buah aku sihat mcm anak2 yg lain. Anak syurga tu. alhamdulillah anak dia lg 2 tu bijak anaknya. Hafiz hafizah inshaAllah.”
“Untuk yang tanya psal anak sah ke tak. Anak tu tetap sah anak diorg. Dari segi agama, anak tu tak salah. Even kakak aku dan husband dia pun tak salah. Cumanya ada procedure perlu dibuat supaya benda ni disetelkan dengan cara yang betul. Hanya perkahwinan je yang affected.”
“Apa aku nak tekankan kat sini, bab agama ni jangan lah buat main. Aku dah perasan lama macam ada benda tak kena tapi time tu aku budak ni. Bila dah besar ni, aku pegang lah taggungjawab nak setelkan semua ni untuk kakak2 aku..”
“Maaf kalau ada salah silap. Kami tahu kami tak sempurna. Jadi perkongsian ini buat lah teladan. Kes ni dah lama, cuma baru sekarang dikongsi bersama. Untuk yang maki hamun tadi tu, terima kasih. Moga diberkati dunia akhirat.”
Bagi admin, semua pihak perlu peka dan ambil tahu dalam bab-bab perkahwinan agar urusan dipermudahkan. Boleh rujuk kepada jabatan agama kalau ada perkara yang kurang pasti dan yang tidak tahu prosedur tolong la peka dan belajar semasa hadir di kursus perkahwinan, prosedur dan rukun nikah semua diajar semula..tolong ambil berat dan jangan sambil lewa bab agama.

Harap kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat kita nanti jika ingin melangkah ke alam perkahwinan. Atas keizinan tuan empunya badan, identiti wanita ini terpaksa disembunyikan.

Monday, June 3, 2019

Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin di Malaysia

Tahukah anda, Ujian HIV pra perkahwinan adalah satu perkara wajib dalam proses permohonan perkahwinan di Malaysia adalah untuk mengambil Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan. Kami kongsikan di bawah ini langkah demi langkah untuk membuat Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan bagi bakal pengantin di Malaysia. Diharap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal-bakal pengantin merpersiapkan diri sebelum ke gerbang perkahwinan

[Pengenalan]
HIV iaitu Human Immunodeficiency Virus, atau dalam Bahasa Melayu adalah Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. HIV merupakan virus yang dapat memusnahkan sistem imunisasi badan dan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser.
AIDS, iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk pula merupakan peringkat serius di mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan menurun.
HIV boleh merebak melalui darah yang dijangkiti HIV atau cecair badan seperti berkongsi suntikan jarum derma darah, menerima darah yang dijangkiti HIV, melakukan hubungan seks dengan penghidap HIV dan pelbagai lagi.

[Langkah-Langkah Membuat Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan]

Langkah 1: Kenalpasti Klinik Kesihatan Kerajaan Yang Berhampiran Dengan Kawasan Anda
Untuk permohonan perkahwinan, ujian saringan HIV hanya boleh dibuat di klinik kesihatan kerajaan dan hospital kerajaan sahaja. Klinik swasta atau hospital swasta tidak dibenarkan. Sila hubungi klinik pilihan anda terlebih dahulu untuk memastikan sama ada mereka menawarkan ujian saringan HIV atau tidak.
Senarai klinik kesihatan kerajaan di seluruh negeri di Malaysia boleh didapati di link ini.
Kebiasaannya, setiap klinik berbeza sesi ujian dan prosedur. Ambil kesempatan tersebut juga untuk mengetahui waktu ujian yang boleh dibuat. Buat temujanji jika perlu. Selain itu, semak jika negeri anda ada menyediakan borang khusus untuk ujian saringan HIV pra perkahwinan atau tidak.

Langkah 2: Bawa RM 1 dan Kad Pengenalan
Untuk ujian ini, anda hanya perlu membawa wang RM 1 dan Kad Pengenalan. (*Bayaran mungkin berbeza mengikut negeri)

Langkah 3: Isi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
Klinik kesihatan kerajaan biasanya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian Pergigian, Ibu & Anak dan Pesakit Luar. Sila pergi ke Kaunter Pendaftaran di bahagian Pesakit Luar dan beritahu pegawai yang bertugas untuk buat ujian saringan HIV pra perkahwinan.
Anda akan diberi Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan dan Borang Kebenaran Memberi Keputusan Ujian Saringan HIV (mengikut negeri masing-masing) untuk diisi. Untuk keselesaan anda, sila bawa pen sendiri berwarna hitam.

Langkah 4: Ujian Saringan HIV Menggunakan Rapid Kit Test
Ujian ini akan menggunakan Rapid Kit Test dan keputusan boleh diketahui terus dalam masa 15-20 minit. Darah anda akan diambil dari hujung jari dengan menggunakan jarum lancet.

Langkah 5: Keputusan Ujian HIV (Negatif atau Positif)
Jika Single Line, keputusan adalah negatif (tidak reaktif). Jika Double Line, keputusan adalah positif (reaktif).
Anda akan dimaklumkan mengenai keputusan ujian dan akan diberi sampul surat untuk diserahkan kepada Pendaftar Perkahwinan nanti.
Jika keputusan adalah HIV Negatif, anda boleh terus pulang selepas mendapat keputusan ujian.
Bagi yang HIV Positif, kebenaran anda diperlukan untuk membuat ujian pengesahan susulan di mana 5 mililiter darah akan diambil. Kebiasaannya, keputusan ujian susulan dapat diketahui dalam tempoh 2 minggu. Setiap kes HIV Positif perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga atau Klinik Penyakit Berjangkit. Anda akan diminta untuk datang kembali ke klinik kesihatan tersebut dalam tempoh 2 hingga 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan ujian dan anda akan diberikan sesi bimbingan kaunseling di Pejabat Agama samada ingin meneruskan perkahwinan ataupun tidak.

[Antara Soalan Lazim Yang Kerap Ditanya]
Soalan 1
Adakah ujian saringan HIV pra perkahwinan boleh dibuat di klinik atau hospital swasta?
Jawapan: Ujian saringan HIV pra perkahwinan hanya boleh dibuat di klinik kesihatan dan hospital kerajaan sahaja.
Soalan 2
Adakah ujian saringan HIV mempunyai tempoh sah untuk proses permohonan perkahwinan?
Jawapan: Betul, tempoh sah laku ujian saringan HIV untuk permohonan perkahwinan adalah dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ujian dilakukan.
Soalan 3
Dimanakah borang ujian saringan HIV pra perkahwinan boleh diperolehi dan berapakah bayaran yang dikenakan?
Jawapan: Borang tersebut boleh diperolehi di klinik kesihatan kerajaan dengan bayaran pendaftaran RM 1.00/seorang.

10 STEP Panduan Daftar Nikah dan prosedur perkahwinan Bagi Pasangan Bakal-Bakal Pengantin dari Kedah


10 STEP Panduan Daftar Nikah dan prosedur perkahwinan Bagi Pasangan Bakal-Bakal Pengantin dari Kedah



Kepada pengantin-pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, Anda harus ambil tahu bertapa pentingnya untuk mengambil tahu  prosedur mendaftar pernikahan di Pejabat Agama. Ini akan memudahkah urusan pendaffaran dan penikahan buat bakal-bakal pengantin sekiranya  kita faham langkahnya, mudahlah nak merancang apa yang diperlukan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kalau tanya dengan orang tua kita, mungkin prosesnya  dahulu dan sekarang jauh berbeza sebab sekarang dah menggunakan sistem baru / online dimana sistem ini telah diseragamkan ke beberapa negeri di malaysia dan bakal digunapaikan ke seluruh negeri di malaysia tidak lama lagi.

Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati menyiarkan perkongsian 10 Langkah yang anda perlu ambil tahu sebelum memasuki gerbang  perkahwinan. Selama menjalani praktikal di Pejabat Agama, memang kerjanya hari-hari berkaitan dengan borang-borang nikah kahwin. kepada bakal-bakal pengantin boleh lah buat nota ringkas ya bagi persediaan hari besar anda. Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan dan memudahkan anda yang bakal berkahwin. Mari kita semak prosesnya.


1. HADIRI KURSUS PRA PERKAHWINAN
Di Malaysia kursus pra perkahwinan adalah satu kursus yang wajib diikuti oleh bakal-bakal pengantin, kursus kahwin ini dikawal selia oleh Jabatan Agama Islam setiap negeri dan mengikut modul bersepadu kursus perkahwinan islam di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (JAKIM). Di dalam proram kursus kahwin ini, bakal pengantin akan diajar mengenai prosedur perkahwinan, komunikasi suami isteri, pengurusan kewangan dan kesihatan, dan banyak lagi modul-modul yang menarik, nak tahu lebih lanjut kena la hadir kursus kahwin ni ya
Para peserta akan mendapat sijil kursus kahwin setelah tamat kursus dan sijil ni diperlukan semasa bakal-bakal pengantin ingin mengantar borang nikah di pejabat agama islam yang berdekatan. Bagi bakal-bakal pengantin disekitar kedah anda boleh mendapatkan infor pusat-pusat kursus kahwin di sini senarai pusat kursus kahwin kedah

2. LAYARI LAMAN WEB SPPIM (SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA)
Permohonan Kebenaran Berkahwin Online  melalui www.sppim.gov.my setakat 2019 ini meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri bakal menyusul tidak lama lagi

Bagi negeri yang tidak disebutkan, bolehlah terus membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.
Bila dah ke laman web SPPIM, anda akan nampak paparan begini di halaman utama.

Seterusnya klik pada ikon Benar Nikah Online dan isi maklumat diri sendiri & pasangan.
·         Bila dah siap isi, simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari laman web ini.
·         Nombor rujukan ini penting sebab akan digunakan setiap kali log in.
·         Borang boleh dikemaskini dan diperbetulkan selagi belum diproses oleh Pejabat Agama.


3. PERIKSA PASANGAN LELAKI TINGGAL DI DAERAH MANA
Jika pasangan dari daerah yang Sama:
Jika pasangan lelaki tinggal di daerah sama dengan perempuan, bakal pengantin lelaki dan perempuan kena hantar borang nikah online tadi ke Pejabat Agama dalam tempoh 30hari / sebulan sebelum tarikh akad nikah.
Daerah / Negeri Berbeza :
Tapi kalau daerah / negeri lelaki berbeza dengan perempuan, bakal pengantin lelaki mesti menghantar borang nikah ke Pejabat Agama dalam tempoh 90 hari/3 bulansebelum tarikh akad nikah.


4. UJIAN HIV



Ujian HIV adalah satu perkara wajib dalam proses permohonan perkahwinan di Malaysia, Keputusan Ujian HIV ini perlu disertakan semasa bakal pengantin mengantar borang-borang nikah di pejabat agama islam kawasan kariah anda. Tempoh sah laku ujian HIV ini adalah 6 bulan dari tarikh ujian tersebut diadakan.

Untuk artikel mengenai Ujian saringan HIV ini sila ke laman sebelah.


5. HANTAR BORANG
Sebelum hantar borang, Sila periksa senarai semak dan pastikan borang dah ditandatangan oleh Imam Masjid Kariah dan ada cop. Kemudian, bawa juga beberapa dokumen lain ke pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi.
Boleh rujuk gambar kat bawah.

Bagi lelaki:

Bagi perempuan:

·         Kalau di negeri Kedah, pasangan kena baca ikrar. Negeri lain tak pasti pula macam mana.
·         Selepas borang berjaya diserahkan , ayaran RM15 (seorang) untuk mohon borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau SAMA daerah kena bayar RM30 ya.
·         Borang kebenaran berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing-masing.


6. BAGI BORANG KEBENARAN PADA PIHAK PEREMPUAN
Selepas seminggu, boleh minta pihak lelaki ambilkan borang tersebut dan bagi kepada pihak perempuan. Ini kalau daerah/ negeri lelaki yang BERBEZA dengan pihak perempuan.
Tapi kalau daerah/negeri yang SAMA dengan pihak perempuan, boleh terus bagi kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.

7. Bagi pihak perempuan yang berbeza dearah

Berbalik kepada tadi, bagi pasangan yang BERBEZA daerah, pihak perempuan perlu bawa borang-borang lelaki yang dah disahkan oleh Pejabat Agama tadi ke Pejabat Agama daerah perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.
·         Lepas seminggu, Pejabat Agama akan bagi borang kebenaran nikah untuk pihak perempuan.
·         Seterusnya, bawa pulak borang ini kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.


8. AKAD NIKAH
Masa akad nikah, Tok Kadi / Tok Imam akan bagi Surat Nikah Sementara.
Pasangan wajib semak maklumat dalam Surat Nikah Sementara ini. Pastikan nombor IC semua betul, ejaan nama tiada kesilapan, dan sebagainya. (PENTING sebab maklumat dalam dokumen ini akan digunakan untuk buat Sijil Nikah.)
Kemudian bawa Surat Nikah Sementara ke Pejabat Agama DAERAH PEREMPUAN untuk buat Sijil Nikah. Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah.

9. PROSES MEMOHON SIJIL NIKAH
Untuk memohon Sijil Nikah,
·         Bawa surat nikah sementara (asal + salinan)
·         IC sendiri, IC pasangan & IC wali
·         Bayar RM20 untuk sijil nikah.
·         Tempoh siap biasanya sebulan atau kurang. Bergantung kepada negeri masing-masing.
Seeloknya, fotostat sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet. Sijil Nikah asal boleh simpan dalam fail. Bukan apa, manalah tahu kalau kena serbu dengan Pegawai Agama, adalah bukti Sijil Nikah yang sentiasa dibawa bersama. Sebab masa ini Kad Kahwin belum dapat lagi.

10. PROSES MEMOHON KAD KAHWIN
Akhir sekali, bila dah dapat Sijil Nikah, eloklah buat Kad Kahwin pula. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan anda membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.
Sediakan bayaran RM40 untuk sepasang pasangan. Nanti Pejabat Agama akan bagi senarai dokumen yang perlu dibawa untuk mohon Kad Kahwin.



ALHAMDULILLAH, SELESAI…
so kepada bakal2 pengantin..harap dengan perkongsian artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam persiapan ke alam perkahwinan kelak..admin mengucapkan selamat pengantin baru buat bakal2 pengantin dan

Dipersilakan share bagi meringankan kerungsingan semua.
Selamat berkahwin!



KURSUS KAHWIN KEDAH MELIIPUTI KAWASAN SUNGAI PETANI, ALOR SETAR, KULIM, JITRA, PENDANG, GUAR CHEMPEDAK, BALING, LANGKAWI, SIK, KUALA KETIL DAN CHANGLUN

  KURSUS KAHWIN BERSEMUKA KEDAH 2024 (SETIAP JUMAAT & SABTU ATAU SABTU AHAD SETIAP MINGGU) KURSUS KAHWIN BERSEMUKA KEDAH PUSAT KURSUS PR...